FAQ




APAKAH KAUNSELING ONLINE?

  • Kaunseling merupakan satu cara yang boleh diberikan kepada mereka yang memerlukan perkhidmatan ini. Cara yang biasa digunakan ialah dengan memberiakan kaunseling bersemuka. Kaunseling online memberikan perkhidmatan yang sama cuma ia menggunakan internet, emel ataupun chat. Cara ini lebih mudah dan pantas kerana ia bukan menggantikan kaedah bersemuka tetapi ia memberikan kaedah pilihan kepada klien yang memerlukan. Hasil yang diperoleh bergantung kepada keseluruhan, komitmen dan kesediaan klien untuk bekerjasama dengan kaunselor online yang terlibat. 

SIAPAKAH KAUNSELOR YANG TERLIBAT?
  • Sila rujuk pada halaman profil kaunselor pilihan anda. 

APAKAH JENIS SOALAN YANG BOLEH SAYA TANYA?
  • Semua soalan boleh ditanya kecuali yang berkaitan dengan perubatan. Soalan yang biasa kami terima ialah berkaitan dengan perhubungan dengan konsep kendiri, kekeliruan dalam pemilihan pekerjaan, kebimbangan, konflik, komunikasi, kebingungan dan seumpamanya. Semua soalan ini akan membawa kepada ppemahaman diri klien yang membawa kepada membaiki konsep kendiri klien dengan orang di sekeliling klien.

BAGAIMANA SAYA BOLEH MENGHANTAR SOALAN?

  • Apabila anda telah membuat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan kaunseling online, sila ke laman perkhidmatan kami. Isi borang yang kami sediakan. Kami mencadangkan agar anda mengambil sedikit masa untuk memberikan latar belakang permasalahan anda secara lebih terperinci. 

APAKAH JAWAPAN YANG BOLEH SAYA PEROLEHI
  • Banyak mana jawapan yang anda peroleh bergantung kepada jenis perkhidmatan yang kami sediakan. Kaunseling online memerlukan masa untuk memahami dan menjawab persoalan yang anda kemukakan. Respon kami biasanya secara terperinci dan berfokus bergantung dengan isu dengan permasalahan yang anda kongsikan. Semua jawapa atau respon yang diberikan adalah secara professional dan tidak berat sebelah.

APAKAH MASALAH YANG SAYA KEMUKAKAN 

DIRAHSIAKAN?
  • Kami menggunakan etika yang telah disediakan oleh PERKAMA dan juga Lembaga Kaunselor Malaysia. Semua nama dan maklumat yang diberikan kepada kami tidak akan diberikan kepada pihak ketiga untuk apa-apa tujuan atau kegunaan pun. Maklumat yang kami peroleh dari anda ialah alamat emel anda dan butiran diri serta permasalahan yang anda hantar kepada kami. Kami memastikan hanya kaunselor yang melihat permasalahan yang anda hantar.
















No comments:

Post a Comment